//Simple is better

THE BOSS
! Here is me !

Status : Busy with my study

Home About Linkies


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Its a place for me to meditate and share my emotions . I'm not perfect at all. But i try to be the better one. Insyaallah.

Love them
Awesome people!



Credits

Basecode: Syuu.
Full edit: MissPanda
Re-Edit by: Amanina Azizan

cinta? sombong ? berdiam diri
 Assalamualaikum semua

syida tertarik dengan satu artikel ni.. time bosan2 ni syida selalu juga menjenguk dekat penulisan2u dan iluvislam page.. sebab syida suka membaca.. and nak tambahkan ilmu pengetahuan katakan.. tajuk artikel yang syida baca tu.. CINTA?DIAMKANLAH.. sesungguhnya syida sangat2 tertarik dengan artikel ini.. memang remaja zaman sekarang lebih banyak mengejar cinta mereka sendiri.. bukan nak menghalang.. bukan nak menidakkan.. yes hak masing2 untuk bercinta.. tapi tak salah kalau kita bercinta dengan cara yang betul kan.. sorry kalau ada yang terasa.. sebab syida pun mengingati diri syida supaya tak terjebak dengan perkara tak baik.. bukan tak nak bercinta.. prinsip syida,, bercinta dengan ALLAH... insyaallah ALLAH berikan yang terbaik untuk kita..

dalam artikel itu juga ada menyatakan tentang sombong.. terkena dekat batang hidung sendiri sebab orang selalu cakap syida sombong.. syida tak tahu dari mana datangnya diri syida yang mereka katakan syida sombong.. tapi syida berterima kasih sebab at least ada orang berani jujur and katakan yang syida sombong supaya syida boleh perbaiki diri syida.. sebab syida insan biasa yang tak pernah lepas melakukan kesalahan..
syida jadikan petikan ni sebagai jati diri dalam hidup syida.. sebab syida selalu berasa serba salah apabila ramai orang menganggap syida sombong.. tak tahu kenapa.. kadang2 kata maaf sahaja syida dapat sampaikan

Untuk Hawa..
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

akhirnya syida berasa lega bila terbaca petikan di atas ni.. jadi syida lakukan perkara yang baik.. tak ada salahnya.. bukan syida nak memerli sesiapa bila mengatakan syida sombong.. langsung tak.. takde istilah memerli disini.. tapi hakikatnya orang yang mengatakan syida sombong sejujurnya orang itu mengingati syida dan inginkan syida always lebih baik dari dulu.. #betul ke
terima kasih sebab katakan syida sombong.. syida sombong bersebab.. mungkin dulu syida tak tahu tentang petikan ni.. tapi jangan salah sangka.. apabila syida post artikel ini syida semakin kerap untuk jadi sombong.. sama sekali tidak.. syida takkan lakukan macam tu..

bercintalah apabila kita bersedia untuk dicintai.. apabila kita telah menemui cinta dari ALLAH berikan kepada kita.. jangan pernah mencari cinta.. walhal cinta yang hakiki dan lebih bermakna.. telah diaturkan oleh YANG MAHA ESA.. sesungguhnya ALLAH menyediakan orang yang lebih baik untuk kita.. tak salah untuk memendam rasa suka dan cinta dengan seseorang jika dengan cara itu dapat kawal kita..

#peringatanuntukdirisendiri

lots of love