//Simple is better

THE BOSS
! Here is me !

Status : Busy with my study

Home About Linkies


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Its a place for me to meditate and share my emotions . I'm not perfect at all. But i try to be the better one. Insyaallah.

Love them
Awesome people!



Credits

Basecode: Syuu.
Full edit: MissPanda
Re-Edit by: Amanina Azizan

:: KAU TETAP DIHATIKU ::
: : setibanya aku dikelas pada awal pagi,hati aku sudah rasa tidak selesa and serba salah..tertanya tanya didalam hati.  aku ada buat salah dengan orang lain ke. tapi memang. hati aku sangat sangat tidak selesa saat ini.. tapi aku biarkan semua itu berlalu pergi kerana ada tugas dan tanggungjawab yang aku perlu selesaikan iaitu belajar.. setelah selesai menghadiri kelas pada hari ini, aku terus rebahkan tubuh aku ke katil yang AGAK empuk la kan.. katil kolej je..so kena lah terima apa yang ada,,tiba tiba aku dikejutkan dengan panggilan yang amat aku nanti nantikan iaitu panggilan daripada ibuku yang tercinta.hehe..panggilan yang aku terima amat amat mengejutkan aku bukan sahaja ibuku menanyakan khabar tentang aku tapi ingin mengatakan hajatnya.. ibuku beritahu yang aku sudah dirisik oleh orang, aku yang sedang asyik berangan ni terus bangun terduduk dari katil..mana tak nya terkejut tahap gaban bila ibuku kata begitu..apakah semua ini?? siapa yang gedik sangat nak merisik aku ni,,ada jugak aku cekik cekik mamat tu karang,,kenal pun tak ada hati nak merisik merisik ni,,dia tak tahu ke aku ni muda lagi..ternyata pelbagai persoalan bermain diminda aku tika saat itu..aku ingin menanyakan lebih lanjut perihal mamat itu dekat ibuku. ibuku hanya memberikan nombor telefon tunangku itu..ok sekali lagi aku terkejut and hampir terjatuh katil dek berita yang disampaikan..mana tidaknya..tadi kata merisik sekarang bertunang..ya aku sudah menjadi tunangan orang dalam usia tidak sampai 20 tahun lagi..

" oit der,,kau ni siapa nak hantar rombongan nak bertunang dengan aku..aku bukan kenal kau pun.. yang kau gatal sangat nak tunang dengan aku ni pehal der..aku kenal kau pun tak." tanyaku bertubi tubi.

"assalamualaikum, saya minta maaf terlebih dulu kalau saya buat awak rasa tak selesa tentang tunangan tu. saya hanya menurut apa yang parents saya rancangkan sebab saya tak ada masa soal semua ni. apa awak ingat saya kisah sangat ke tentang rombongan tu. kalau boleh saya tak nak la.tapi disebabkan saya dah nak terbang pergi jerman tahun depan,terpaksa la saya ikut je kehendak parents saya".jawabnya panjang lebar

oh berbudi bahasa jugak mamat ni..tiba tiba aku pula yang terasa malu..aku tanya sepatah dua patah.dia jawab panjang berjela pula.

"waalaikumussalam. ok sekarang ni macam mana. kita kena berjumpa selesaikan masalah ini juga. tak kira la awak busy nak pegi jerman ke london ke planet marikh sekali pun.kita kena berjumpa juga.fullstop." marahku

hah jom la jumpa. saya pun dah penat tunggu awak dekat bawah ni.boleh tak cepat sikit turun..adoi"

what!!!!!!!!! dia dah ada dekat bawah.sengal tahap gaban juga mamat ni.bukan nak beritahu aku..memang nak kena mamat ni tahu

dari tadi aku hanya berdiam diri je..yela tahu je la kan..aku ni berani just dekat telefon je..tapi kalau face to face each other akulah orang paling senyap didunia ni aku rasa..rasa macam ade emas dalam mulut ni aku tak nak bercakap. mana taknya dari tadi mamat ni je yang bercakap.aku tahu lah dia ni lawyer tak reti reti nak berhenti ke..adoi..nasib aku la kan dapat tunangan terjun macam dia ni..nasib baik muka boleh diharap and agak handsome la kan..hehe..

"ehem..ehem..tak cukup cukup ke tengok muka saya yang sedia handsome ni".
hah satu je aku tak berkenan pasal dia ni..sebab satu je kelemahan dia ni,,dia ni kuat,,,kuat apa??kuat PERASAN..huh rimas aku..

"sorry to say ea..siapa tengok awak..perasan betul..huh". jawabku. so ni macam mana ni.nak teruskan juga ke yang kita bertunang ni..saya takut awak dah ada pilihan sendiri.so saya tak nak la penyebab hubungan awak dengan makwe awak putus. tak pasal2 nanti makwe awak datang jumpa saya baling dengan kasut dia saiz 8 dia tu." jawabku

"kalau awak tak nak teruskan kita bertunang, saya tak kisah kalau kita putus. tapi saya harap awak fikir balik la apa yang awak nak buat tu".

hai mamat ni. aku nak kata putus dari dia..dia jawab macam tu pula.bertambah pening kepala aku ni..arggghhhh

"ok macam ni la..kita kenal each other.kalau kita tak boleh..kita putus je la ea..susah2 sangat k."jawabku
"saya ikut je apa yang awak nak."jawabnya

sudah semua aku je yang kena buat keputusan.dia ni lawyer yang diiktiraf ke tak ni..ke lawyer buruk dia ni.adoi..tension dah aku ni.
_____________________________________________________________

setahun sudah berlalu..aku sah menjadi tunagan kepada Tengku Mohd Ameer..baru ku tahu yang sebenarnya semua ni adalah tertulis di wasiat datuk kepada tunangku itu yang menginginkan aku dan Ameer disatukan..aku masih lagi tidak dapat menerima semua ini. kenapa mesti aku..kenapa bukan kakak aku yang sudah boleh berkahwin..kenapa mesti aku yang masih lagi study dan masih belum dapat mengenggam segulung sijil lagi hasil titik peluh aku..tapi lama kelamaan setelah ibuku cerita kepada aku semuanya..rupanya baru aku tahu yang datuk kepada Ameer terhutang budi kepada atukku..dan mereka berjanji ingin satukan aku dengan Ameer setelah masing2 sudah berumur 20 tahun..dan lebih mengejutkan aku lagi.Ameer sebenarnya telah lebih dulu kenal aku sebelum kami bertunang..ini aku dapat tahu daripada salah seorang adik perempuan Ameer yang rapat denganku..alhamdulilah lama kelamaan aku dapat terima semua ini sedikit demi sedikit..cuma aku tertanya2 macam mana Ameer kenal dengan aku walhal aku langsung tak kenal dengannya.

sedang asyik aku berangan mengimbau kembali kenangan lalu..tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan dari Leeyana,adik kepada Ameer yang mengajak aku keluar untuk temankan dia jemput kawan dia yang baru balik dari oversea.

"jom la kak iman.temankan yana jemput kawan yana dekat airport.yana tak berani la nak drive sorang2.selalu abg Ameer yang jadi driver yana.pleassee kak iman,pleassee." pujuknya

hah dia ni memang..no 1 kalau bab2 pujuk memujuk ni.adeh adik dengan abg sama je.

"yela2 akak temankan.tapi yana drive k..akk tak nak jadi driver yana. orite"
ok orite..yana dah tunggu akk dekat luar ni..cepat sikit tau siap2.daa"
what!!!!yana!!!!!

"mana kawan yana ni.dari tadi tak sampai2 ni..penat dah akak tunggu ni..ke yana salah masa ni" tanyaku
"tak salah la kak..kawan yana cakap tengah hari dia sampai.kejap lagi kot."
"tengah hari ke tengah malam.tak sampai2 ni."
"tengah hari kak..kejap ea akak manis."pujuk nya

aku memang suka kalau tunggu orang lama2 ni.aissshhh buat temperature body aku ni naik je la..karang aku jumpa budak tu,,mau aku hempuk dia dengan kasut aku yang serba bersih ni..geramnya

"hah dah sampai dah kawan yana tu..akak nampak tak.tu hah dekat sana tu."tunjuk yana dengan bersungguh2
terkejut tahap ultraman aku..mana tak nya kawan yana yang dia maksudkan tu ialah TUNANG aku sendiri..adeh mana mau letak muka ni..dah malu tahap tak tahu nak labelkan dah ni..

"hai yana senyap je kawan yana dekat sebelah abang ni.dia bisu ke tak boleh bercakap.ke terkejut tengok muka abang yang makin handsome lagi tampan ni."

"hehe..dia terkejut kot tengok kawan yana ni rupa2 nya tunang dia,,hehe"

hai dua beradik ni memang nak kena au,,sedap hati dia orang je kenakan aku..aiisshhh geram pulak aku jadi nya..takpe2 hari ni hari dia..tengok la..hari aku bakal tiba..hahahhaha,,gelakku dalam hati je..emmm
__________________________________________________________
"Iman macam mana..sihat ke..rindu dekat Ameer tak?
"alhamdulilah sihat..ceh jangan nak perasan la..langsung tak rindu pun"
"yeke..eleh tak baik tipu.tengok muka Iman, Ameer tahu Iman rindukan Ameer kan,,kan,,takpe2 Ameer tahu Iman malu nak mengaku kan,,kan,,hehe..
issh mamat ni dari dulu sampai la sekaranga tak habis2 dengan perasan dia tu,,aku rindu sikit je,,sikit je la tak banyak pun..tak kan la aku nak cakap dengan dia aku rindu dia..malu la aku..adeh..

"sebenarnya Ameer ajak Iman keluar ni Ameer nak bagi something dekat Iman. buah tangan dari Jerman.tapi sebelum tu Iman kena tutup mata dulu la."
"ishh kalau tak tutup mata tak boleh ke..sama je kan..mengada2 la dia ni."jawabku
"nope..you must close your eyes."
"yela2"

dengan penuh debaran aku menunggu.apalah mamat ni nak bagi ni..cuak pun ada juga..entah apa la dia nak bagi..

"ok buka sekarang..bukak kotak tu slow2,,jangan gelojoh pula ea.hehe
issh dia ni apa ingat aku tak ada kelembutan and sopan santun ke..aku tahu la..tapi yang buat aku terharu isi dalam kotak itu..semua tentang diri aku..dari aku kecik sampai la sekarang,,

"sekejap nak tanya..macam mana boleh dapat semua ni..Ameer pasang spy ea..the whole things inside all about me." tanyaku terkejut
"nope.Ameer yang amik sendiri semua gambar tu. kenapa tak percaya ke?"
"yup langsung tak percaya..tapi macam mana..pelik tau tak"
"nanti Iman tahu semuanya ok.janganlah marah.senyum sikit."
"nope Iman tak marah pun..terharu adalah.tak sangka selama ni Iman ade secret admirer yang handsome macam Ameer.hehehe"
"wah Ameer handsome.memang pun..hehe.."
"perasan betul la Ameer ni. tak jadi la nak cakap Ameer handsome."
"tak boleh tarik balik ok kata2 tu..ada paham adik manis."jawabnya sambil tarik pipi aku.

setelah setahun kami cuba untuk kenal each other.semakin lama semakin banyak aku kenal dengan insan yang bernama TENGKU AMEER TENGKU IRFAN. dia bukanlah seburuk yang aku sangkakan dulu..pertalian aku dengan dia melalui laman sosial facebook and skype telah merapatkan aku dengannya sejak dia berada di Jerman. kami semakin mesra dan rapat..kini sudah masuk 3 tahun pertunagan kami. betul masa 3 tahun itu sangat2 lama bagi pasangan yang bertunang.tapi dalam jangka masa itulah aku dapat pelajari banyak benda tentang dia..lagipun aku pun sibuk dengan pelajaranku..tak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.tapi aku berdoa suatu hari nanti kami akan disatukan..sebab aku sangat sayang dengannya.
_________________________________________________________________
"makcik, pakcik.Ameer lakukan ini untuk kebaikan semua.Ameer dah ada pilihan lain.lagipun Ameer dengan Iman pun dah cuba untuk kenal each other..mungkin Iman boleh terima Ameer..tapi Ameer tak boleh terima Iman..Ameer harap pakcik dan makcik terima keputusan Ameer ni..soal Iman,nanti Ameer beritahu dia."
"kalau dah macam tu keputusan Ameer.pakcik dan makcik tak boleh nak kata ape.tapi pakcik dan makcik harap korang berbincang la elok2.."
"baiklah pakcik makcik"

dusshh..aku terasa ada satu batu besar yang hempap aku saat ini.apa salah aku sampai Ameer sanggup putuskan pertunangan kami..3 tahun,3 tahun kita bersama,kini semuanya berkecai.mahligai yang diimpikan selama ini..hanyalah tinggal harapan semata2..apa salah aku..hanya linangan air mata saja yang dapat temankan aku saat ini.teruk sangat ke aku ni sampai sanggup dia buat aku macam ini..kenapa mesti sekarang,kenapa masa aku dah mula sayang and suka dengan dia..semua ini berlaku..kenapa bukan dulu..3 tahun lepas..kenapa mesti sekarang

"Ameer harap Iman dapat terima semua keputusan ini..ini untuk kebaikan kita juga."
"tapi kenapa Ameer..Ameer tahu kan Iman sayang Ameer,sampai hati Ameer buat Iman macam ni,,apa salah Iman sampai Ameer nak putuskan pertunangan kita."
"Iman tak salah apa2,tapi ini dah memang keputusan Ameer..Ameer dah ada orang lain dalam hati Ameer..lagi baik dan cantik dari Iman.jadi Ameer harap Iman faham situasi Ameer saat ini.orang yang berkahwin pun boleh berpisah lagikan kita yang bertunang ni..Ameer harap Iman dapat terima keputusan Ameer ni."
"baiklah kalau itu keputusan Ameer..Iman terima..Iman doakan yang Ameer bahagia dengan orang yang Ameer sayang."

aku terus pergi dengan membawa hati yang lara.terasa hati aku ini dikoyak2 kan dan tak boleh disatukan balik.aku menangis semahu2 nya.mungkin semua ini dah tertulis olehNYA.aku hanya terima dengan hati yang terbuka.tiap malam aku hanya dapat melihat semua gambar2 aku yang diberikan olehnya untuk menghiburkan hatiku yang lara ini.semoga kau bahagia disamping orang yang kau sayang Ameer.mungkin susah untuk aku temui orang seperti kau lepas ni.
___________________________________________________________
3 tahun kemudian

"kak Iman kan.kak Iman dah tak kenal yana ke..ni yana la adik abg Ameer.."
"yana?owh leeyana yang comel tu ea.mana la akak boleh lupa.yana buat apa dekat sini?"
"eleh saja la tu kan nak bodek yana.yana saja jalan2 dekat sini.dah lama yana tak jumpa akak sejak kes akak dengan abg aritu.yana rasa dah 3 tahun kita tak jumpa kan."
"akak sambung belajar la dik dekat oversea.memang la dah lama tak jumpa."
"ke akak bawak hati yang lara tu.hehe"
"dua2 la,,hehe,,by the way akak nak tanya..abg Ameer dah berapa orang anak dah sekarang..tak silap akak masa akak nak pergi oversea,dia dah buat persiapan nak kahwin kan."
"abg tak kahwin pun kak."
"maksud yana.akak tak faham la."
"nah akak amik kotak ni and surat ni.tiap hari yana bawa kotak and surat ni pergi mana.mana lah tau yana jumpa akak.dah tiba masa nya yana tunaikan hajat abg."
"hajat?maksud yana..akak tak faham la."
"nanti akak akan faham juga the whole story..ok lah kak yana pergi dulu ea.nanti kita jumpa lagi ea..sayang akak..assalamualaikum"
"waalaikumussalam"

dear IMAN ku sayang
titipan surat ini adalah untuk mengatakan isi hati Ameer terhadap Iman. jujur Ameer cakap,sejak pertama kali Ameer lihat Iman,Ameer dah jatuh hati dengan Iman.time tu Ameer baru je umur 12 tahun and Iman umur 8 tahun.budak hingusan lagi time tu..gila kan Ameer..kecik2 dah jatuh cinta.nak buat macam mana kan..sehingga sekarang yang Ameer tulis surat ini..Ameer tetap cinta dan sayang Iman.Ameer minta maaf yang Ameer buat hati Iman sakit and lara.Ameer tak bermaksud pun nak buat macam tu.tapi ini semua untuk kebaikan kita juga.Iman ada tanya Ameer sejak bila Ameer amik gambar Iman.betul tak..mungkin Iman tak perasan yang selama ini ada sorang lelaki sentiasa ikut Iman pergi ke mana saja hanyalah untuk memastikan orang yang Ameer sayang sentiasa selamat.time tu Iman keluar dengan kawan2 Iman.tapi Ameer nak beritahu Iman yang Ameer tak suka tengok Iman dengan kawan lelaki Iman.sebab Ameer jealous sangat2 time tu.but now dah tak ada dah sebab maybe ini surat terakhir Iman akan dapat dari Ameer.Ameer nak beritahu yang Ameer terpaksa putuskan pertunangan kita sebab Ameer tak nak Iman akan sedih bila dapat tahu perkara ini.sebenarnya selama Ameer dekat Jerman,Ameer lakukan pembedahan otak.untuk pengetahuan Iman,Ameer ada menghidap penyakit tumor otak tahap 4 dan doktor beritahu Ameer yang peluang Ameer untuk hidup sangat2 tipis.sebab tu Ameer putuskan pertunangan kita.sebab Ameer tak nak Iman sedih bila dapat tahu berita ini..tapi Ameer dah janji dekat diri Ameer yang Ameer akan beritahu semua ini dekat Iman melalui surat ni.Ameer harap Iman tak salah kan sesiapa dalam hal ini.sebab semua ini keputusan Ameer sendiri.Ameer sentiasa doakan Iman akan jumpa lelaki yang lebih baik dari Ameer.doakan Ameer tenang disana ya. satu je Ameer nak Iman tahu..tiada sesiapa didalam hati TENGKU AMEER TENGKU IRFAN selain lah insan yang bernama NOORUL IMAN. Ameer sayang Iman sangat2..I LOVE YOU DEAR.


yang menyayangimu
AMEER

Yaallah besar sungguh dugaan dan ujian yang kau berikan kepadaku ini..Ameer, Iman minta maaf sebab Iman dah salah sangka dekat Ameer..Iman doakan Ameer tenang disana bersama orang2 yang soleh..amin..Iman sayang Ameer sangat2